Friday 8 November 2013

terahsia MALA'yu . . .


terahsia MALA'yu 


- Kesultanan dan Empayar

- Gangga Negara, Srivijaya dan Funan

- Peperangan dengan bangsa Yahudi

- Peperangan dengan barbarian

- Serangan ke atas etnik-etnik India

- Laluan rahsia ke lombong emas

- Kunci rahsia Lombong Emas Raja Sulaiman



- Siapa penduduk asli Indochina?

- Mon-Khmer dan Malayo-Polynesian

- Perak Man dan Jawa Man

- Apa yang terjadi di Promised Land beribu tahun dahulu?

- Siapakah Funan? Orang Mon, Khmer atau Mala`yu?

- Rahsia Borobudur dan Angkor Wat

- Kota Khmer di dasar Tasik Chini

- Sumeria dan Ibrani serta hubungan dengan Mala`yu Kuno

- Tulisan Purba orang Mala`yu

- Mengapa Tamadun Purba Mala`yu jatuh?

- Teori Peradaban

- Teori Kemerosotan

- Rahsia tersembunyi di The Land of The East

- Dewa-dewi di Golden Chersonese

- Nenek Moyang Para Firaun

yaSalam Semakin dikuak rahsia, semakin tercerna pelbagai misteri! Semakin diteguk segala ilmu, semakin haus dengan kebenaran! Lebih kurang 300 tahun sebelum kelahiran Nabi Muhammad Shall Allahu Alayhi wa Sallam, di DUNIA sebelah sini . . . terdapat sebuah kota yang amat makmur dengan hasil perdagangan. Kapal`kapal bersimpang`siur di satu selat yang paling sibuk di DUNIA, menghubungkan dinasti`dinasti China dengan Kaisar dan Kisra.
Kehidupan di sini amat mewah, telah ada universiti`universiti pengajian bahasa dan kebudayaan. Telah ada sarjana dan rahib`rahib yang belajar dan mengajar, dengan beribu`ribu orang murid tekun menekur di hadapan para pendeta. Ketika di Tanah Arab, wanita dijadikan pemuas nafsu dan dianggap sial, di sini . . . wanita dilayan dengan penghormatan tinggi dan ada yang menjadi raja!

Dan lebih kurang 1000 tahun sebelum kelahiran Rasul terakhir itu juga, nama Mala`yu' telah tercatat di dalam Ramayana dan Purana, menjadi sebutan para rishi dan orang suci, merujuk kepada Sumatera dan Kepulauan Mala`yu . . . cerita tentang percintaan dewa`dewi, konflik dan dendam, semuanya berlaku di sini.

Para Firaun memanggil tempat ini, The Land of Gods . . . dunia yang penuh dengan misteri dan rahsia terpendam. Di dalam suhuf`suhuf dan prasasti-prasasti Ibrani Tua (Old Hebrew), mereka menggelarnya sebagai, The Land of The East. Sebuah tanah yang diang-gap bertuah dan penuh dengan kekayaan, raja`raja Sumeria dan Akkadia menganggap tanah ini adalah `kayangan` yang melimpah ruah dengan emas dan perak,menjanjikan kekayaan dan kuasa kepada siapa yang memilikinya.

Dalam artikel ini, kita akan belajar ciri`ciri The Land of Gods ini. Kita akan mengenali lebih dekat apa yang sebenarnya terdapat di sini, sehingga ia dipandang tinggi sedemikian rupa. 

Kita akan belajar memahami, tentang cinta 3 segi antara Ravana, Rama dan Sita dan kemunculan Hanuman yang dipuja oleh penganut Hindu, yang membantu Rama, di sini . . . mengapa Kerajaan Israel Raya menghantar kapal`kapal ke sini 10 abad Sebelum Masehi, dan para Firaun mengunjungi tanah ini 3500 tahun yang silam, dan mendakwa ia adalah tanah nenek moyang mereka, di dalam The Egyptian Book of The Dead.

Kita juga akan mengetahui satu rahsia besar; tulisan purba orang Mala`yu yang menyim-pan rahsia yang tersembunyi beribu`ribu tahun . . . tanda keturunan mereka yang bersambung dengan Nabi Allah Ibrahim Alayhis Sallam di Tanah Kanaan (Canaan -Phoenicia). Dan pembukaan rahsia yang lebih besar . . . tamadun kuno yang tenggelam beribu-ribu tahun yang silam, terselamat . . . kemudian bermula di sini!




the Land Of GODS . . .

" . . . tiba dan menginap selama 6 bulan. Mempelajari tatabahasa Sanskrit di sini. Sang raja memberikan daku bantuan dan menghantar daku ke negeri yang bernama Moloyu . . . " (catatan I-Tsing, sami dan pengembara China yang mengunjungi Sivijaya pada abad ke`5 Masehi) Nasib manusia sama sahaja walau di mana sahaja.

Kehidupan ini ibarat roda, sekejap di atas, sekejap di bawah.

Ada masa-masa susah ada masa`masa senang.

Jika dahulu sesuatu bangsa itu pernah membina peradaban tinggi, tidak mustahil suatu hari nanti, peradaban itu akan lenyap, dan bangsa itu akan terkial`kial untuk memper-tahankan kewujudannya. Inilah yang terjadi kepada kaum`kaum di Amerika Tengah. Dahulu orang Aztek, Inca, Toltek dan Maya adalah kaum`kaum yang tinggi perada-bannya. Mereka mampu membina piramid` piramid besar dan lanskap bandar yang sistematik. Ilmu astronomi dan matematik mereka amat menakjubkan. 

Orang Aztek dan Maya contohnya, adalah kaum`kaum yang tinggal di kawasan kota. Mereka adalah `urban people` yang moden dan maju berbeza dengan kaum`kaum Red Indian seperti Comanche, Apache dan Cherokee, sekadar menyebut beberapa nama.

Selalunya mereka akan menyerang penduduk-penduduk `kampung` di sekitar jajahan mereka, dan menjadikan tawanan perang mereka sebagai hamba atau korban dewa `dewa. Anda boleh membayangkan suasana orang Maya atau Aztek ini berbanding kaum`kaum lain di benua Amerika dengan menonton filem Apocalypse arahan Mel Gibson.

Lihat perbezaan antara mereka dengan kaum`kaum lain yang masih tinggal di hutan dan berburu binatang. Perhatikan betapa terkejutnya kaum`kaum yang ditawan itu apabila melihat kota orang Maya yang amat besar dengan bangunan`bangunan piramid yang tinggi`tinggi dan rumah`rumah batu yang moden berbanding kediaman mereka di hutan rimba.

Dari mana orang Maya belajar semua ini?  Hari ini semua kaum-kaum `urban people` tadi sedang menghadapi kepupusan, malah ada yang pupus terus seperti orang Toltek dan Inca. Nasib mereka sama seperti nasib penduduk `kampung' yang dijarah mereka dahulu.

Inilah bayangan 'apocalypse' seperti yang dimimpikan oleh `Jaguar Paw` dan ramalan budak perempuan kecil yang aneh di dalam satu adegan Apocalypse. Di akhir filem ini barulah kita tahu apakah sebenarnya dimaksudkan dengan 'apocalypse' itu, seperti ramalan budak perempuan aneh tersebut.

Bacalah sejarah conquistador Sepanyol yang menipu dan menjarah kekayaan orang Aztek. Teliti bagaimana kelicikan Francisco Pizarro memperdayakan Atahualpa, pemerintah Inca ketika itu menyebabkan Pizarro berhasil menjarah kekayaan Inca bernilai 100 juta US nilainya pada hari ini! 

Belajar bagaimana Hernan Cortes, seorang lagi conquistador tamak yang memperdayakan Montezuma II, Emperor Aztek dan Cuauhtemoc, anak sauda-ranya. Jika orang Inca berjaya diperdayakan sehingga menunjukkan bilik rahsia harta karun mereka itu kepada penjajah Sepanyol ini, tetapi Cuauhtemoc, raja terakhir orang Aztek itu enggan mendedahkan lokasi harta karun Aztek disimpan kepada Cortes.


Inilah asas kepada cerita National Treasure, Book of Secrets, berkenaan legenda Cibola, satu kota yang penuh kekayaan. Kesilapan yang ketara kepada kedua`dua pemerintah Inca dan Aztek ini ialah menganggap pendatang Sepanyol ini adalah jelmaan dewa`dewa mereka, padahal orang`orang Sepanyol yang tiba di ibukota Inca dan Aztek ini teramatlah terkejut dengan piramid`piramid dan bandar orang`orang yang dianggap mereka sebagai aborigine dan kurang bertamadun.


Mereka amat hairan dengan perhiasan emas yang boleh dijumpai merata`rata dipakai oleh orang Aztek dan Inca itu. Dan satu fakta sejarah yang perlu kita tahu, minuman coklat yang kita minum hari ini adalah berasal dari minuman raja-raja Aztek!

Minuman coklat adalah minuman kesukaan Montezuma,dan merupakan minuman diraja. Montezuma apabila mahu dihidangkan air coklat, beliau akan memasukkan campuran rempah-rempah khas ke dalamnya.

Apabila orang Sepanyol tiba, betapa hairannya mereka dengan minuman yang amat lazat ini dan membawa resepinya ke Eropah. Inilah permulaan kepada Milo, Ovaltine dan Vico. Montezuma juga mempunyai perpustakaan yang menyimpan tablet`tablet berisikan khazanah ilmu matematik dan astronomi purba, malangnya, para conquistador yang dungu dan tamak ini bertindak seperti kaum gasar (barbarian) atau monggol, membakar dan memusnahkan apa saja.

Ini juga telah berlaku kepada kaum Maya, di mana penjajah Sepanyol ini membedil khaza-nah ilmu pengetahuan kaum Maya yang tidak ternilai harganya. Sehingga ke era moden, pengetahuan sains yang tinggi, yang dimiliki oleh kaum Maya tidak diketahui oleh DUNIA, sehinggalah ditemui pecahan-pecahan tablet berisikan kiraan matematik dan rekod` rekod astronomi dari penggalian arkeologi, berasal dari balai cerap kaum Maya. Salah satunya ialah Kalendar Maya atau Kalendar 2012 yang popular itu.

Dari sini, barulah DUNIA tahu betapa bernilainya khazanah ilmu pengetahuan Tamadun Maya. Itu baru kalendar, bagaimana dengan beribu`ribu ton tablet berisikan karya`karya agung dalam bidang sastera, sains dan teknologi . . . yang dipecahkan dan dilumatkan oleh penjajah Sepanyol yang tolol itu? Kalendar Maya terselamat kerana ia diukir pada meja batu yang teguh.


Kisah sedih tamadun-tamadun di Amerika Tengah itu mempunyai persamaan dengan tragedi yang melanda orang Mala`yu, khasnya orang`orang Champa. Orang Champa (Cham) adalah dari keturunan Mala`yu berdasarkan bahasa dan budaya mereka. Lama sebelum Angkor Wat dikatakan 'dibina' oleh Suryawarman II, orang Cham telah memiliki tamadun yang amat hebat dan setanding dengan satu lagi kerajaan orang Mala`yu yang hilang, Funan.

Tamadun Champa adalah kuasa laut ketika itu, dengan kapasiti perdagangan yang luas dan koridor ekonomi yang mantap, dibantu dengan lokasi strategik `Laluan Sutera Laut` antara China dan India. 

Tamadun Champa juga memiliki rahsia yang jarang diketahui oleh masyarakat DUNIA, apatah lagi orang`orang Mala`yu di Malaysia yang sibuk bercakaran sesama sendiri, menghina raja` raja (sedihnya, yang sudah dijemput Allah Subhanahuwa`Taala pun masih menjadi mangsa hinaan), membuang anak, merempit, menjadi pelacur dan bapuk, berpo-litik secara dungu, berpecah-belah, kafir`mengkafir, wahabi mengwahabi, mempersen-dakan nama `Allah` sehingga setaraf dengan Tuhan Anak, wang rakyat didahulukan perut sendiri diutamakan, mengabaikan pelajaran, mengabaikan agama sendiri, mementingkan diri, hasad dengki sesama sendiri, murtad, menjadi Islam Liberal, gelojoh menjual tanah rizab kepada bangsa asing yang tamak dan ada agenda sendiri, menjadi Sekular, berpe-cah`belah, membiarkan warga asing membanjiri mengaut kekayaan tanah tumpah darah, menjadi talibarut CIA, Mason, ZIONIS-Komunis dan pencacai dajjal, menjadi bodoh, buta, bengap, lembab, pekak, tuli dan bisu.

Belajar dari sejarah itu penting, sebelum kita pupus dan hanya tinggal nama di dalam buku sejarah dan muzium. Ambillah pengajaran dari sejarah, sebelum kita `disejarahkan'. Seperti orang Mala`yu yang dimuziumkan di Kota Singa.


* Prasasti Cham banyak menyimpan rahsia rumpun Mala`yu pada masa silam Orang Champa sebenarnya memiliki ilmu sains dan matematik yang tinggi. Mereka sudah pun memakai sistem ukuran metrik yang maju dan sistem perpuluhan dalam pernomboran. 

Mahu lagi?

SATU RAHSIA YANG MASIH TIDAK DIKETAHUI SECARA MELUAS OLEH DUNIA, SEBENAR-NYA ORANG CHAM LEBIH AWAL MEMAKAI ANGKA SIFAR (ZERO) DALAM SISTEM ANGKA jauh lebih awal dari orang`orang Arab yang kemudiannya memperkenalkannya kepada orang Eropah. Mungkin ramai anak Mala`yu yang dungu dan mengabaikan pelajaran akan memperlekehkan pencapaian orang Mala`yu Cham yang hanya merintis penggunaan angka `0`, namun perlulah diberitahu kepada mereka yang 'inferior' ini, para pembina piramid, Taman Tergantung Babilon, Rumah Api Alexandria hatta KLCC, Taipei 101, WTC yang runtuh serta bangunan tertinggi di DUNIA setakat ini yang berada di Dubai itu, tidak mungkin dapat dibina tanpa kewujudan angka '0' ini.

Penemuan dan pemakaian angka `0` ini amat besar ertinya dalam sejarah DUNIA mete-matik dan tamadun yang merintis penggunaannya adalah tanda bahawa tamadun itu amat hebat dan berperadaban tinggi.

Ini masih tersimpan rapi di dalam berpuluh`puluh atau mungkin mencapai ratusan manuskrip, prasasti dan ukiran Cham yang bertaburan di seluruh DUNIA, sebahagian besarnya disimpan oleh orang Vietnam yang akhirnya mula sedar betapa orang Champa amat maju, berbanding ekonomi Vietnam sekarang ini yang mundur sehingga ramai orang Vietnam 'hanyut' ke Malaysia meminta simpati pekerjaan demi sesuap nasi.

Hanya anak`anak Mala`yu yang malas belajar dan bekerja tidak tahu diuntung, dapat duduk di atas Suvarnabhumi (Bumi Emas) ini, padahal bangsa`bangsa asing berebut`rebut mahu tinggal di sini, jika boleh biar orang`orang Mala`yu ini dicampak ke Selat Melaka semuanya, dan semua bangsa di DUNIA ini dapat tinggal aman damai di tanahair orang Mala`yu ini sambil mengaut dan memakan hasil bumi yang berlimpah ruah, termasuk hasil minyak dan emas perak.

Hari ini telah menjadi trend pihak`pihak yang bodoh sombong yang semata-mata mahu mengambil tanahair orang Mala`yu ini, sanggup mengatakan yang bukan`bukan kepada orang Mala`yu. Ultrakiasu menuduh orang Mala`yu pendatang juga, dan membela Orang Asli sebagai Bumiputra sebenar.

Padahal jika Orang Asli pula yang memegang Malaysia, mungkin Ultrakiasu ini pula menuduh Orang Asli ini pendatang dari Afrika atau Pasifik, dan membela orang Mala`yu sebagai Bumiputra pula.

Pengganas LTTE mendakwa tanahair orang Mala`yu ini sebahagian dari Great India, padahal orang India (Tamil terutamanya) tidak pernah menawan pun mana-mana wila-yah Mala`yu pada zaman dahulu, kecuali serangan Raja Chola yang hanya berani menye-rang pelabuhan-pelabuhan dan wilayah jajahan Srivijaya.

Sebelum sempat Emperor Srivijaya mahu mengumpulkan balatentera seluruh Nusantara, terkocoh`kocoh raja Chola balik ke India tanpa berani memegang sesaat pun wilayah Nusantara yang diserangnya untuk 'mengacah-ngacah' Emperor Srivijaya itu. Mungkin raja Chola berbuat demikian mengenangkan kisah kepala raja Khmer yang dipancung Emperor Srivijaya akibat mempersendakannya.

Tidak pernah pula dalam sejarah, Raja Chola menjadi raja di Perak dan Johor pada zaman dahulu. Yang ada tercatat dalam sejarah, ketika kemuncak kekuasaan Empayar Mala'yu Srivijaya, ialah pengaruhnya sehingga sampai ke Sri Lanka, timur laut dan selatan India.

*Puing`puing Universiti Nalanda di Bihar, India


Di India sendiri, kerajaan Srivijaya membina penempatan bagi para pedagang Mala`yu dan sarjana-sarjana mereka, membina biara dan institusi pengajian, kerana ketika itu, orang Mala`yu Srivijayalah pakar dalam bahasa Sanskrit . . . dikala bahasa suci itu dihadkan kepada kasta`kasta kepada sukukaum di India. Raja Chola tidak pernah membina penempatan di Nusantara. Tetapi pedagang-pedagang Mala`yu telah pun menetap dan memiliki tanah di India ketika itu.

Malah para sarjana Mala`yu adalah antara pensyarah di Universiti Nalanda yang terkenal pada abad ke 7 Masehi yang menempatkan 2,000 pensyarah dan lebih 10,000 pelajar. Malah kerajaan Srivijaya juga membantu membina kampus-kampus di universiti itu malah kolej kediaman juga bagi para pelajar Nusantara dan pensyarah Mala`yu.

Ini samalah seperti fungsi Malaysian Hall di United Kingdom. Kerajaan Mala'yu Srivijaya membantu membina universiti di India kerana universiti-universitinya sendiri di Sumatera termasuk `kolej`kolej swasta` mereka tidak mampu menampung kebanjiran pelajar dari seluruh DUNIA terutamanya dari China dan Tibet. Ini dirakamkan dan disahkan oleh I- Ching, seorang sami, sarjana dan pengembara China dan juga Atisa, seorang sami dari Tibet.

Tidak mustahil ketika itu ada para pensyarah Mala`yu atau pelajar mereka yang berkah-win dengan orang- orang Hindi di Bihar, berwajah seperti Preity Zinta dan Madhuri Dixit misalnya dan menghasilkan keturunan Mala`yu yang segak-segak di Nusantara.

Ada juga orang-orang tertentu yang tiba`tiba mengaku sultan dan meminta rakyat menganggapnya sebagai sultan. Ada juga yang mendakwa waris maharaja tertentu dan mendakwa orang Mala`yu merampas takhta maharaja ini malah menuduh orang Inggeris-lah yang memberi nama 'Mala`yu' kepada orang Mala`yu seolah`olah orang`orang Mala` yu terlupakan nama bangsanya sendiri.

Semuanya salah orang Mala`yu malah jerih perih orang Mala`yu mempertahankan negeri Kedah dari ancaman Thai seakan-akan dilupakan. Orang lain yang bergaduh, tidak semena-mena orang Mala`yu terkena tempiasnya. Bayangkan orang`orang Mala`yu lembik dan mengalah kepada Thai, sudah tentu negeri Kedah sekarang menjadi wilayah Saiburi bersama- sama wilayah Patani, Narathiwat, Yala dan lain`lain.

Keturunan waris maharaja juga pasti tidak bersisa dikerjakan raja Thai, malah raja Thai akan berparti sakan memburu dan membunuh keturunan maharaja sebab dapat berlaku bebas kerana Kedah menjadi Saiburi dan dibawah kawalan Thai.

Bukan sahaja tiada universiti seperti UiTM yang memberi kelonggaran kepada bumiputra, malah keturunan maharaja mungkin akan dibiarkan buta huruf dan tiada berpelajaran apatah lagi dibiarkan menjadi pensyarah atau penulis blog.

Mungkin ada yang dibiarkan hidup setelah terpaksa mengaku bertaatsetia dengan raja Thai, menjadi orang Thai, bernamakan Thai tinggal lagi tidak beragama Buddha. Dari-pada bertaatsetia dengan raja Thai, lebih baik berpayung dibawah raja-raja Mala`yu, yang bersaudara dengan maharaja.

Jadi daripada mengejar pangkat dan darjat, bersyukurlah dapat hidup di bumi Allah ini bersama-sama orang-orang Mala`yu yang peramah dan baik hati. Adakah Inggeris menga-dakan sayembara mencipta nama bagi penduduk Tanah Mala`yu di negara mereka?

Orang Mala`yu bukanlah seperti penduduk Kepulauan Filipina yang dipaksa menjadi bangsa Filipino, di mana perkataan 'Philippines' berasal dari nama raja Sepanyol iaitu Philip II. Mengapa Inggeris tidak memberi nama seperti `Elizabetania`  kepada orang Mala`yu ini melambangkan nama Queen Elizabeth atau Elizinno' jadi bolehlah penduduk Tanah Mala`yu berbangga menjadi bangsa Elizinno ini.

Betapa kurang berpendidikan orang yang dengki kepada orang Mala`yu ini padahal nama Mala`yu itu sudah ada di dalam kitab Ramayana dan disebut`sebut dalam Purana, beribu tahun sebelum kelahiran para penjajah Inggeris ini ke DUNIA yang fana ini, yang diwar-warkan memberi nama `Mala`yu` kepada orang Mala`yu.

Pulau-pulau Mala`yu disebut 'Malayadvipa' di dalam hikayat dewa`dewi Hindu. Bagai-mana pula nama `Mala`yu` itu ciptaan Inggeris padahal para rishi dan dewa`dewi Hindu amat kenal dengan orang`orang Mala`yu ini lantas menamakan Kepulauan Mala`yu seba-gai Malayadvipa bersempena penduduk kepulauan ini memanggil diri mereka Mala atau Mala`yu.

Jadi sudah tentu `Englishmen` mengenal penduduk ini sebagai Malay,  iaitu diceduk dari Sanskrit dan bahasa Sanskrit adalah sumber kosakata bagi bahasa Inggeris Kuno.

Perkara ini terjadi kerana terlalu tergesa`gesa mahukan pengiktirafan, harta, pangkat dan kuasa tanpa mahu menyelidik dahulu duduk perkara sebenarnya. Memang tidak dinafikan Stamford Raffles, Winsdtedt serta anak muridnya Munshi Abdullah `ada campur` tangan dalam sejarah Alam Mala`yu khususnya Tanah Mala`yu namun bukan nama ' Mala`yu`' itu.

Jika orang yang kurang berpendidikan ini masih berdegil mengatakan Inggeris yang memberi nama `Malay` atau Mala'yu itu, bagaimana Vyasa, seorang rishi legenda menca-tatkan nama `Pulau`pulau Malaya` (Malaya`dvipa) di dalam kitab`kitab sasteranya?

Mengapa Valmiki, seorang lagi sasterawan Hindu yang mengarang Ramayana menye-butkan Rama,  seorang dewa Hindu yang dianggap inkarnasi ke-7 kepada Vishnu telah ditolong oleh Hanuman, seorang lagi dewa, juga di 'pulau-pulau Mala`yu` yang juga terda-pat istana dan kediaman Ravana, seorang lagi dewa berwatak jahat.

Kitab`kitab seperti Ramayana dianggarkan dikarang kira-kira 400 tahun Sebelum Masehi lagi (400 B.C). Lihat, sebab itu dalam siri Terahsia Bangsa Mala`yu yang lepas, ditegaskan bahawa jika semua rekod tentang bangsa Mala`yu telah hilang, musnah atau dicuri di Kepulauan Mala`yu, rekod-rekodnya pasti ada di seluruh DUNIA.

Pada ukiran`ukiran kuil zaman Firaun di Mesir, relief`relief di Angkor Wat dan Borobudur, rekod-rekod Maharaja China, cerita para pedagang Arab dan India, codex Emperium Rom dan conquistador dan pelbagai lagi. Sebab apa?

SEBAB BANGSA MALA`YU BUKANLAH BANGSA YANG DUDUK DI DALAM GUA SAMBIL BERMAIN DENGAN TUPAI DAN MONYET.

Bangsa Mala`yu pada masa silam adalah pedagang dan pembina peradaban. Namun `rahsia` ini tersimpan kemas dalam lipatan sejarah kemanusiaan. Hilang ketika era penja-jahan. The Lost History of Malay Civilization. Kita boleh lihat corak propaganda Barat ini memecahbelahkan umat Mala`yu di Nusantara.

Di Tanah Mala`yu yang akhirnya membentuk Malaysia, Inggeris yang memegangnya memanggil penduduk di sini dengan panggilan `Malay`. Di pulau`pulau Nusantara yang dipegang oleh Belanda, diberi nama 'Indonesian'. Di kepulauan utara Borneo termasuk Sulu, Sepanyol 'bermurah hati' memberi nama kepada penduduk di situ dengan nama `Filipino`. Bagaimana 3 kawasan yang memiliki budaya, bahasa dan paras rupa yang berkait rapat antara satu sama lain mempunyai nama bangsa yang berlainan sama sekali?

Soalan cepu emas peringkat akhir Who Wants to be A Millionnaire: YANG MANAKAH DI ANTARA KETIGA`TIGA NAMA INI ADALAH BERASAL DARI NAMANYA YANG ASLI DAN BUKAN REKAAN ORANG BARAT SEMATA-MATA?

A. INDONESIAN

B. FILIPINO

C. MALAY

Tiada talian hayat. Hidup ini memang keras. Yang kalah akan ditulis sejarahnya oleh yang menang. Sang Kura`kura boleh menulis bahawa dialah pelari terpantas dan mengatakan Sang Arnab berlari seperti siput babi.

Padahal kita tahu cerita sebenarnya. `Filipino` dan `Indonesian` sudah tentu akan terke-luar carta lebih awal, kerana ia adalah jelas nama yang diberi oleh penjajah dan kosaka-tanya pun dari bahasa Barat. Lebih`lebih lagi `Filipino`, berasal dari nama raja Sepanyol!

TETAPI NAMA `MALAY` TERCATAT DI DALAM KITAB`KITAB SANSKRIT SEHEBAT RAMA-YANA, CATATAN`CATATAN PEDAGANG INDIA DAN REKOD CHINA. Dalam kesusasteraan Sanskrit, ia disebut `Malaya`, rekod Dravidian menyebutnya sebagai `Malai` dan rekod China menyebutnya sebagai `Mali`yuer`, `Mok`la`yu` atau `Wu`lai`yu'. Terima kasih kepada sarjana bangsa`bangsa lain yang masih setia menyimpan rekod tentang asal`usul kita

Ini bukan soal mahu memenangkan Inggeris dari Sepanyol dan Belanda. Ini soal fakta sejarah dan kebenaran yang tidak boleh disangkal. Ini bukan hikayat Pak Kaduk dan Lebai Malang.

INI FAKTA SEJARAH YANG TERCATAT DALAM MANUSKRIP BERTULIS OLEH PARA SARJANA DAN CENDEKIAWAN. Bukan `selekeh` perdebatan di forum`forum internet yang kebanya-kannya buta sejarah. Si buta sejarah berdebat dengan orang yang bencikan sejarah.

Hasilnya, sama-sama telah berjaya `disejarahkan` oleh penjajah yang pandai memani-pulasi sejarah. Fikirkan, jika Inggeris ditakdirkan menjajah seluruh Kepulauan Mala`yu (Malaysia & Indonesia), sudah tentu mereka akan menamakan penduduk di Nusantara sebagai `Malay`.

Dan sudah tentu orang`orang dungu yang mengacu`ngacukan buluh runcing seperti kaum hutan rimba itu melompat`lompat dengan kebanggaan mereka berbangsa `Malay` bukannya `Indonesian`.

Begitu juga jika Belanda menjajah seluruh Nusantara, kemungkinan besar dengan kita` kita sekali akan menjadi 'Indonesian'. Yang mana antara 2 nama ini begitu dekat dengan orang Nusantara, dan dibuktikan dalam sejarah Nusantara sebelum kedatangan imperialis Eropah?

Tepuk dada tanya akal sendiri. Lihat, para penjajah tidak membunuh orang-orang Mala`yu dengan pembunuhan beramai`ramai (khasnya di Tanah Mala`yu). Tetapi membunuh orang Mala`yu perlahan`lahan dengan sejarah manipulasi mereka. Ini adalah racun yang mematikan jatidiri dan semangat Mala`yu perlahan`lahan. Ia seperti kanser yang kronik.

Atau santau yang menyakitkan. Atau kita boleh katakan, orang Mala`yu telah disantau sejarahnya perlahan`lahan. Untuk menjejak dan menyelesaikan misteri mengapa para rishi menyebut`nyebut nama `Malaya`dvipa' merujuk kepada pulau`pulau Mala`yu, kita mesti menjejak kembali asal`usul bangsa yang berbahasa Malayo`Polinesian atau kini dikelaskan sebagai Austronesian.

Dan ingat, ini bukan bermakna para rishi pula dikatakan memberi nama `Mala`yu ' kepada orang Mala`yu, tetapi para rishi itu mengambil nama terahsia ini dari orang-orang `Malaya `dvipa` sendiri.  Ini kerana di akhir cerita nanti, kita akan tahu bahawa rahsia `Malaya `dvipa` ini rupa-rupanya boleh dijejak 3500 tahun yang lalu, ketika para tukang`tukang batu di Mesir Purba sedang membina piramid, ketika rahib`rahib Mesir mengarang koleksi The Egyptian Book of The Dead. Petunjuk di Angkor Wat.


Untuk menyiasat misteri ini, mula`mula kita terbang ke sebuah negara di Indochina, Kemboja (Cambodia). Negara yang mempunyai penduduk seramai lebih 14 juta orang ini memiliki tinggalan sejarah yang begitu berharga, Angkor Wat.

Angkor dikatakan dibina untuk Suryavarman II pada abad ke "Apabila Tuanku Parames-wara tiba dari Jawa untuk memerintah kota diraja Indrapura . . . Sivakaivalya, golongan yang terpelajar, telah berkhidmat sebagai gurunya dan memegang peranan sebagai pendeta diraja bagi Tuanku"

Pada inskripsi lain, `Seorang Brahman yang bernama Hirayadaman, yang terlatih di dalam sains dan sihir, telah dijemput oleh raja untuk mempersembahkan satu upacara yang akan membuatkan negeri Kambuja tidak lagi tunduk kepada Jawa dan mempunyai kedaulatannya sendiri`


Para pengkaji Khmer dan sesetengah pengkaji barat mengatakan `Java` (terjemahan ke bahasa Inggeris dari `Chaeva)` itu mungkin orang Cham atau satu kerajaan lain di Indo-china. Namun pendapat yang popular ialah satu kerajaan yang amat berkuasa di Tanah Jawa. 

Beberapa bukti lain juga terutamanya rekod dari dinasti Sailendra dan Empayar Mala`yu Srivijaya telah membawa kepada kesimpulan bahawa Jayavarman II sebenarnya ialah seorang gabenor Jawa di Kemboja dan memerintah di ibukotanya ketika itu, Indrapura.

Namun tidak dapat dipastikan keturunan pengasas Empayar Khmer ini, sama ada memang orang Jawa ataupun orang Khmer yang belajar ilmu pentadbiran di Jawa. Ini memang jelas di dalam inskripsi itu menyebut tentang 'Jawa' bukannya `Champa`, `Cham`, `Chenla` atau sebagainya.

Sejarah juga membuktikan ketika itu, Empayar Mala`yu Srivijaya telah mencapai masa-masa kegemilangannya dan pengaruhnya telah mencakupi seluruh Asia Tenggara. Ketika itu Samaratungga, seorang raja Jawa dinasti Sailendra telah mengikat tali perkahwinan dengan Dewi Tara, puteri kepada Emperor Srivijaya, Dharmasetu dan menjadikan Empa-yar Srivijaya semakin besar dan berpengaruh hasil gabungan kepakaran dan kebija-ksanaan Mala`yu - Jawa dan ini telah membuatkan empayar ini menguasai pelabu-han`pelabuhan penting di Kepulauan Mala`yu dan Indochina.

Di Indochina sendiri, kerajaan`kerajaan purba seperti Langkasuka, Pan`Pan dan Tambra-lingga (nama lain bagi Nagara Sri Dharmaraja, dalam sebutan Thai menjadi Nakhon Si Thammarat) dan pelabuhan Kedah Tua telah dikuasai oleh Empayar Srivijaya ini. Malah Kemboja juga adalah salah satu wilayah naungannya dan ini membuktikan bahawa inskripsi di kuil Khmer itu memang benar merujuk kepada Tanah Jawa, dimana Dinasti Sailendra berkuasa.

Ketika kita sedang meneliti ukiran di Angkor Wat ini, kita akan perasan bahawa kostum, headgear dan adat budaya yang ditunjukkan di dalam relief di sini sama seperti ukiran pada candi Borobudur.

Jadi siapa yang tiru siapa? Berita baik, Borobudur telah dibina jauh lebih awal dari Angkor Wat iaitu pada abad ke 9, tepatnya pada era pemerintahan Emperor Samara-tungga, seorang Maharaja Srivijaya pada tahun 825 Masehi. Angkor Wat pula dibina pada awal abad ke 12 ketika pemerintahan Suryavarman II, raja Empayar Khmer (1113 - 1150 Masehi). Jadi fikirkan, bahawa kesimpulan pengkaji Eropah seperti Lawrence Palmer Briggs, tentang budaya dan ilmu yang dibawa oleh Jayavarman II dari Tanah Jawa dan Mala`yu Srivijaya ke Kemboja. Kesimpulannya di sini, budaya kita dicedok oleh orang Khmer, kemudiannya oleh kaum Tai yang datang kemudiannya.

Selepas itu mereka memelihara segala ilmu kesenian dan senibina Srivijaya ini termasuk budaya, kostum dan tarian. Kemudian ketika kaum-kaum ini meningkat naik dan mampu membina kerajaan, mereka pun mengubahsuai mana`mana yang perlu dan berbangga dengan warisan mereka itu. Ketika era imperialisme, orang Mala`yu Nusantara kehilangan empayar mereka dan beransur-ansur menjalani proses `inferiority complex` oleh orang Eropah. Segala bukti sejarah dirampas, monumen dibedil dan dimusnahkan (di Tanah Mala`yu).

Habis era imperialisme, anak-anak Mala`yu mengalami perasaan rendah diri yang kronik dan mula memperlekehkan sejarah bangsanya!! Sudah faham apa yang berlaku sekarang?

Sudah dapat petunjuk seterusnya? Buntu? Ya, itu perkara biasa sejak sejarah kita telah digelapkan di sana sini ibarat satu set gambar `jigsaw puzzle` yang berlubang di sana`sini. Kita tidak perlu pergi ke Gua Rahsia itu dan mengganggu `Tok Aki` Penjaga Gua Rahsia supaya membukakan peti`peti seterusnya. Nanti dulu. Sebab di Angkor Wat ini ada banyak rahsia lain.

Tentunya anda perasan,ada sebuah kerajaan purba yang disebut sebagai Tambralingga di atas? Ini adalah sebuah kerajaan purba di Semenanjung Tanah Mala`yu sehingga men-capai Ligor (Thailand sekarang). Tambralingga adalah sebuah negarakota Mala`yu dan menariknya adalah antara kerajaan`kerajaan awal yang disebut dalam Sejarah Thailand. Maksudnya, jika ingin menyentuh sejarah Thailand, tidak lengkap jika tidak menyebut nama kerajaan ini, sebagaimana kerajaan Ayutthaya.
                                                         
Petunjuk Ke`2 di Tambralingga

*Gaya senibina Tambralingga yang kemudiannya terlihat dalam senibina Ayutthaya Purba. Ini adalah Phrae Boromadhatu tinggalan Chandrabhanu, raja Malayu Kuno Tambralingga.


Tambralingga adalah kerajaan yang benar-benar wujud sekurang-kurangnya telah dikesan pada era Dinasti Tang (618-907). Kerajaan ini juga pernah menduduki Sri Lanka. Sekitar tahun 1255-1262 Masehi, seorang raja Tambralingga, Chandrabhanu Sridhamaraja telah menduduki sebahagian Sri Lanka dan termasuk dalam senarai raja-raja Kerajaan Jaffna di Sri Lanka.

Satu tinggalan kerajaan ini yang terkenal ialah Phrae Boromadhatu, satu stupa Buddha untuk menyimpan relik Gautama Buddha. Melihatkan bentuk stupa ini, yang kemudiannya menjadi `gaya` popular dan khas dalam senibina Thai, memberikan kita satu petunjuk . . . bahawa gaya senibina ini telah dibangunkan oleh negarakota Mala’yu terawal ini.

Gaya senibina ini telah mempengaruhi senibina kerajaan Ayutthaya, yang kemudiannya menguasai Tambralingga, seterusnya menjadi 'trademark' kepada senibina Thai pada hari ini.

Kerajaan Tambralingga adalah negarakota Mala`yu (Malay city`state) yang menjadi naungan Empayar Srivijaya terutamanya semasa pemerintahan Emperor dari dinasti Sailendra, Samaratungga yang berasal dari Tanah Jawa. Kerajaan ini sesungguhnya bukan kerajaan orang Tai, kerana ketika itu orang Tai masih belum berkerajaan.

Ini dibuktikan dengan rekod dari China, Sri Lanka dan India (sebab itu walaupun rekod di Nusantara `ghaib` tidak bersisa sehingga orang Mala`yu menyangka mereka berasal dari Yunnan atau orang gua, rekod`rekod dari seluruh DUNIA masih tersimpan rapi).

Rekod dari pengembara dan sami China, I-Tsing yang telah berlayar selama 20 hari dan kemudiannya sampai di Fo-Shih (ibunegeri Empayar Srivijaya). Beliau mencatatkan:

" . . . tiba dan menginap selama 6 bulan. Mempelajari tatabahasa Sanskrit di sini. Sang raja memberikan daku bantuan dan menghantar daku ke negeri yang bernama Moloyu . . ." Daripada rekodnya yang ditafsirkan oleh para pengkaji, ia menyebutkan tentang Holing (merujuk kepada Tambralingga) dan Fo`shih yang terletak pada latitud yang sama namun Holing terletak ke timur Fo`Shih. Moloyu pula terletak di garisan Khatulistiwa. SUDAH TERANG LAGI BERSULUH.

Bukannya Inggeris yang memberi nama Tanah Mala`yu ini sebagai `Malay Land`, malah telah direkodkan oleh pengembara China seawal abad ke`5 lagi. Ketika itu juga wilayah` wilayah Srivijaya dikenali pada rekod` rekod Sri Lanka dan India sebagai Javaka.

Rekod dari Sri Lanka menyebutkan raja Tambralingga, Chandrabhanu adalah seorang ketua Javaka. Bayangkan rupa-rupanya seorang raja Mala`yu pernah memerintah utara Sri Lanka pada masa dahulu. 

Pemerintahan raja Mala’yu Tambralingga itu tidak lama kerana kemudiannya telah dise-rang oleh kerajaan Pandyan, satu kerajaan Tamil Brahmin dari selatan India, yang juga bercita`cita mahu merebut relik Buddha iaitu gigi pengasas agama Buddha itu yang dikatakan disimpan di Yapahuwa, ibukota kerajaan orang Sinhala.

Sebab itu raja Mala`yu Chandrabhanu itu membina stupa di semenanjung (di Nakhon Si Thammarat sekarang) kerana mahu menempatkan gigi Buddha itu. Chandrabhanu sendiri terbunuh dalam serangan itu.

Namun akhirnya,orang`orang Tamil Brahmin itu bersetuju membuat pakatan dengan sisa-sisa tentera Tambralingga; orang`orang Mala`yu dan Jawa yang tinggal di Sri Lanka ketika itu, untuk menewaskan kerajaan kaum Sinhala (sehingga ke hari ini perseteruan antara 2 kaum ini; Tamil dan Sinhala masih berlaku dengan pengganas LTTE berperang dengan kerajaan Sinhala di Sri Lanka).

Rekod-rekod Sri Lanka pada tahun 1277 dan 1283 Masehi mencatatkan raja Pandyan melantik salah seorang menteri Tambralingga yang menjajah Sri Lanka sebelum itu mengetuai serangan ke kota Yapahuwa, kota kaum Sinhala untuk merampas gigi Buddha dari tangan kerajaan Sinhala.

Sehingga ke hari ini terdapat tempat-tempat di Sri Lanka seperti Chavakacheri yang bermaksud 'penempatan orang Jawa' dan Chavahakottai iaitu 'kubu orang Jawa'. Di dalam bahasa Tamil tempatan ketika itu, semua negeri`negeri di Nusantara digelar Javar atau Javaka.

Inilah cedokan dari kata `Chava` itu. Dan inskripsi Tamil dan Sinhala ini menyelesaikan misteri Jayavarman II yang tiba dari Chaeva. Jadi kesimpulannya kata `Chaeva atau 'Chava' itu bermaksud orang Jawa, melambangkan kemasukan dinasti Sailendra Jawa yang memasuki pemerintahan Empayar Mala`yu Srivijaya.

Perkataan Javaka (ada disebut dalam teks-teks berbahasa Pali) ini berubah kepada Zabaj dalam sebutan Arab, merujuk kepada Srivijaya itu. Ahli sejarah Arab,  Masoudi dalam kitabnya,” “Muruj Al`Dhahab wa Ma`adin Al`Jawhar” (Meadows of Gold and Mines of Gems, karya beliau keluaran tahun 947 Masehi) telah mencatatkan pengalaman seorang peda-gang Arab yang bernama Sulaiman yang melawat Zabaj pada tahun 851 Masehi menye-butkan ketua Empayar Srivijaya yang digelar `Maharaja` (Emperor) mempunyai beribu kapal perang dan kekuasaan yang menggerunkan.

Armada laut Maharaja pernah mengepung ibukota kerajaan Khmer dan memancung kepala rajanya kerana bercita`cita mahukan kepala Maharaja Zabaj diletakkan di atas pinggan.

Semua petunjuk ini memberitahu kita beberapa perkara. Orang Tai bukan sahaja mencedok budaya Khmer malah mencedok budaya orang Mala`yu Kuno. Senibina Thai itu dengan gaya candi dan bumbung Thai itu rupanya diambil dari gaya Tambralingga dan mungkin negarakota Mala`yu yang lain.

Budaya Khmer yang dicedok oleh Tai itu pula berasal dari budaya Srivijaya dan Sailendra. Pi mai pi mai tang tu. Tulisan Thai itu juga dicedok dari skrip Khmer. Ini dijelaskan lagi dalam inskripsi Raja Ram Khamhaeng. Namun inskripsi yang dibangga`banggakan oleh orang Thai itu pula telah diketahui secara meluas merupakan 'pembohongan', dan sarjana sejarah mensyaki ia dibuat pada zaman Raja Mongkut (Rama IV) dan kemungkinan besar Raja Mongkut itu sendiri mengarahkan ia dibuat.

Ini berdasarkan kajian yang mendalam tentang gaya tulisan di inskripsi itu yang 'terkantoi' dibayangi tulisan Eropah dan meniru sistem bahasa Eropah. Kronologi sejarah yang disebutkan di dalam inskripsi itu juga menyeleweng dari fakta sejarah sebenar dan lebih merupakan propaganda sahaja.

Ini kerana inskripsi itu telah menyebutkan pada tahun 1283 kerajaan Nakorn Sri Dhar-maraja (Tambralingga) telah tersenarai antara kerajaan yang membayar ufti kepada Kerajaan Sukhotai. Padahal ahli sejarah sudah maklum wilayah itu adalah wilayah istimewa dan merupakan kota yang amat kaya.

Ini tersebut dalam undang-undang wilayah pentadbiran Raja Ayutthaya, Boromma Trailokanat bertarikh 1468 menyebutkan Nakorn Sri Dharmaraja tersenarai sebagai salah satu dari 8 kota besar (Phraya maha nakhon) kepunyaan Ayutthaya dan merupakan wilayah istimewa. Percanggahan dan kepalsuan inskripsi ini menyebab para sarjana semakin kurang percaya kepada inskripsi ini malah meleret`leret kepada seluruh sejarah Raja Thai dan orang Thai sendiri.

Ini ditambah pula dengan tiadanya penulisan atau rekod-rekod kontemporari dari lain-lain tempat yang merujuk kepada nama raja Ramkhamhaeng. Dengan lain kata,sejarah raja itu hanya ada di Thailand sahaja dan para sejarahwan lain di dunia tidak tahu-menahu pun pasal raja 'khayalan' ini.

Ini jauh berbeza dengan kisah 'Maharaja Zabaj` tadi yang disebut-sebut oleh pedagang Arab, rekod pendeta China, Tamil, Sri Lanka, malahan nama `Mala`yu`  itu disebut`sebut oleh pendeta Buddha dan rishi`rishi legenda Hindu. Malah dewa`dewa juga!

Sesetengah sarjana mendakwa inskripsi ini adalah buatan abad ke`19,ada juga yang mengatakan sekurang`kurangnya 17 baris awal inskripsi itu sahaja yang asli. Inskripsi ini dan segala utopia berkenaan kerajaan Sukhotai telah menjadi kepercayaan yang amat kuat dikalangan rakyat Thai sehingga menjadi isu nasionalis, sehingga ramai yang telah diancam melalui undang-undang `lese majeste` termasuk para sejarahwan dan ilmuan.

Satu kes yang terkenal ialah Micheal Wright yang mengatakan semua itu palsu sahaja. Dari sini kita dapat pengajaran penting, betapa kaum lain yang tidak punya sejarah, terpaksa `mengadakan` sejarah. Orang Mala`yu yang punya sejarah, mula perlahan`lahan melupakan sejarah manis bangsanya.

Mula memiliki rasa rendah diri, `inferior` yang teramat sangat sehingga mencapai tahap kurang siuman merendah`rendahkan diri sendiri ditahap pencacai pemungut sampah sejarah orang lain, padahal asalnya emas dan mutiara sejarah itu miliknya dahulu.

Mungkin hanya sejarah Ayutthaya sahaja yang boleh dibanggakan oleh orang Thai. Itu pun kini sejarahnya direbut oleh golongan kerabat Ayutthaya sendiri yang mengaku bukan orang Thai tetapi Siam Islam.

Dalam hal ini tidak penting siapa orang Thai atau Mala`yu, pengajarannya di sini, jika kita tidak mengambil berat akan sejarah dan budaya kita, orang lain akan 'mengambilalih' sejarah dan budaya kita. Terlanjur menyebut tentang tulisan, Tai mencedok tulisan Khmer dimana tulisan Khmer ini berasal dari tulisan Brahmi.

Tulisan Brahmi adalah nenek moyang kepada majoriti skrip di India dan Asia Tenggara. Tulisan Tamil, Sinhala, Devanagari, Burma, Thai dan Khmer adalah termasuk tulisan Brahmi. Tulisan Jawa, Batak, Kawi dan Bali termasuk dalam keluarga Brahmi. Tulisan purba milik khas orang Mala`yu, Rencong dimasukkan dalam keluarga Brahmi.

Namun kini para sarjana berbelah bagi tentang asal-usul tulisan Rencong ini. Kerana semakin dikaji tulisan ini, semakin jauh ia dari keluarga Brahmi, malah ia menyimpan rahsia yang agung dan terpendam! Misteri Tulisan Rencong: Petunjuk ke-7 ke Tabut Rahsia Mala`YU.


Tulisan Brahmi adalah keluarga tulisan di kawasan India dan Asia Tenggara seperti Tamil, Burma, Thai dan Khmer. Rencong pula adalah tulisan milik orang Mala`yu, lama digu-nakan sebelum Kawi atau Aksara (sejenis Brahmi yang diubahsuai oleh kaum Nusantara), Jawi dan Rumi. Tulisan Rencong ini diiktiraf tulisan asli ciptaan Mala`yu Nusantara dan sebenarnya bukan berasal dari Brahmi tetapi mempunyai kaitan dengan nenek moyang kepada Brahmi! Sebelum kita membuka peti rahsia seterusnya kita kenal dulu contoh` contoh tulisan dari keluarga Brahmi: Tamil


Sekarang kita lihat tulisan-tulisan ini


Greek/Yunani


Arsmaik


brahmi


Untuk pengetahuan anda, semua tulisan seperti Tamil, Tibetan, Telegu, Devanagari, Thai, Burma dan Khmer adalah dibawah Brahmi atau subBrahmi, manakala Brahmi pula di bawah kelas tulisan Proto`Canaanite (ingat Tanah Kanaan? Abraham dan Keturah?) yang di dalamnya termasuk Phoenicia dan Aramaik (asal`usul bahasa Yahudi; Ibrani atau Hebrew)


Sekarang tuan`tuan dan puan`puan! Kita lihat tulisan asli bangsa Mala`yu Nusantara, Rencong:


Sekarang mari kita lihat rahsia ini bersama-sama. Jika kita perhatikan corak tulisan Rencong ini, ia nampaknya tidak cenderung kepada tulisan Tamil atau Devanagari jauh sekali jika dibandingkan dengan skrip Thai dan Khmer. Jadi ia cenderung kepada yang mana? Fikirkan . . .

Tidak nampak? Mari kita buka peti satu lagi yang terletak disebelah peti berlabel `Laut dan Bahtera`. Sekarang dengar baik-baik. Tulisan Rencong sebenarnya tidak tepat diletakkan dibawah kelas Brahmi dan ia tidak sepadan atau `sedarjat` dengan sub Brahmi pun. Perhatikan baik`baik perbezaannya dengan Tamil atau Devanagari. Perbezaannya dengan Thai dan Khmer yang merupakan sub Brahmi. Ia tidak dekat dengan semua ini.

Tetapi IA LEBIH DEKAT DENGAN TULISAN ORANG PHOENICIA PURBA. Ia lebih dekat dengan skrip Aramaik, asal-usul tulisan Hebrew (tulisan Ibrani) pada hari ini. Ia tidak sekelas dengan Brahmi atau skrip-skrip Keindiaan. Ia memotong kelas Brahmi ke kelas lebih tinggi; di mana Brahmi hanya salah satu sub dalam kelas ini. Rencong setaraf dengan tulisan Phoenicia dan Aramaik dalam kelas utama Proto`Canaanite. Proto-Canaanite pula dibawah kelas Egyptian Hieroglyphs!! Sudah dapat pencerahan?

(Keanehan ini telah memeningkan kepala sarjana pengkaji skrip tulisan DUNIA sejak sekian lama)

Dan rahsia dari peti ini akan membuka cerita tentang kisah kunjungan Para Firaun ke Tanah Nenek Moyang mereka, Punt. Seterusnya akan menyelesaikan 'puzzle' yang mula`mula diperkenalkan dalam Alter Terahsia Bangsa Mala`yu dan Diari Lodgekeeper; 2 pasangan paling misteri; Abraham dan Keturah. Siapakah anak-anak mereka dan mengapa mereka mencari The Land of The East. Kemudian kita akan menjelajah kisah dewa-dewa di The Land of Gods.

Kemudian kita mengembara ke Promised Land,

menonton suka`duka Lehi dan Lemani . . .
                                                                      
TERAHSiA MALA`Yu . . .

(Di Gua Rahsia . . . ) 


Anak cucu sudah kembali dari pengembaraan ke Angkor Wat. Apa yang anak cucu nampak? Hahaha . . . sebenarnya banyak lagi rahsia di sana, yang anak cucu belum tahu lagi. Bagaimana dengan Angkor Thom . . . Apa yang Srikandi beritahu anak cucu

Sesungguhnya apa yang diketahuinya hanyalah sedikit sahaja jika dibandingkan dengan apa yang terkumpul di dalam peti`peti ini. Lagi anak cucu mengembara mencari rahsia Mala`yu, lagi banyak rahsia yang anak cucu tidak tahu.

Mari mendekat ke sini, Tok Aki mahu tunjukkan sesuatu. (Tok Aki mendekati satu peti yang penuh berukiran dengan tulisan Mesir Purba) Di dalam ini adalah rahsia yang terpendam beribu-ribu tahun dahulu. Tiada siapa yang tahu perkara ini kecuali mereka yang mahu berfikir.

Ini adalah peringkat rahsia dalam rahsia. Ada sesuatu di sini, di tempat tinggal kita ini 3500 tahun yang silam. Anak cucu! Jika bukan para sarjana Barat merekodkan kewujudan kita, para sarjana China dan sasterawan Sanskrit akan menuliskan kewujudan kita, jika bukan raja Babilon menyebut`nyebutkan tentang kita . . . para Firaun di sana akan menuliskan syair-syair tentang kita . . .

Dan tanah tumpah darah kita ini . . . Anak cucu ke sini bukanlah atas sebab untuk mengetahui apakah dia rahsia`rahsia ini, tetapi lebih untuk memahami MENGAPA MEREKA BERSUSAH`PAYAH MENCATATKAN KEWUJUDAN KITA.

Sejak dari zaman berzaman, dari chariot dewa-dewi Hindu yang berasal dari kerajaan-kerajaan yang hilang . . . dari kamar beradu Isis dan Osiris . . . dari haruman bunga`bungaan misteri di Taman Tergantung Babilon, rahsia kemalayuan tetap terjaga, anehnya . . . bukan dari mulut ke mulut kita wahai anak cucu!

TETAPI DARI TANGAN ORANG LAIN. Bangsa-bangsa purba bersilih ganti menjaga tabut rahsia kita.Turun temurun. Entah siapa yang menyuruh mereka menyimpan rahsia.

Jadi Tok Aki ingin bertanya anak-anak cucu sekalian . . . mengapa mereka menjaga rahsia kita?? (Tok Aki tiba-tiba ghaib dari pandangan. Suasana begitu hening dan sunyi. Di atas peti terdapat secarik kertas dari daun papirus, tertulis kata`kata yang indah . . . )

Palingkan muka kamu . . . Kepada bunga kancing emas satu rahsia . . .

Misteri Punt dan Petunjuk Di Dalam

The Egyptian Book of The Dead


“Those who preside over their altars are the similitude of the Maat Ra (Eye of Ra), and the similitude of the Maat Heru (Eye of Horus)" (Papyrus of Ani `The Egyptian Book of The Dead' translated by E.A Wallis Budge)

Merenung kepada apa yang terjadi kepada keturunan Maya dan Aztek pada hari ini, benar`benar menginsafkan. Betapa sesiapa yang tidak membaca sejarah agung mereka, akan menganggap mereka adalah kaum picisan yang hina dan tidak berpelajaran.

Melihat keadaan mereka yang menjadi minoriti dan terpinggir akan membuatkan sebi-langan kita berfikir bahawa kaum ini sudah tentu tidak tahu membuat apa jua ciptaan, hatta sebatang jarum sekali pun. Melihatkan keadaan mereka pada hari ini akan mem-buatkan kita berfikir dari hutan manakah mereka berasal.

Kemudian rakan`rakan kita mengajak kita menonton filem yang berjudul '2012'. Ketika itu seluruh DUNIA sedang sibuk memperkatakan tentang filem ini. Kita pun tidak mahu ketinggalan dan sanggup beratur membeli tiket di pawagam. Ketika di dalam pawagam, kita pun menekur menonton dengan asyiknya tanpa berkedip`kedip dan betapa kagum dengan kesan khas filem ini. Keluar dari pawagam, kita pun mencari-cari tentang maksud ramalan Maya tentang 2012.

Alangkah terkejutnya kita apabila membaca tentang Maya, melihat kesan`kesan tingga-lannya . . . piramid-piramid yang besar`besar dan khazanah astronomi yang menga-gumkan dengan beratus`ratus komentar dari pakar sejarah, sains dan astronomi tentang tamadun kaum yang kita anggap orang gua dan orang hutan sahaja.

Bayangkan, ketika orang Sepanyol tiba ke semenanjung Yucatan, orang`orang Inca menganggap mereka adalah jelmaan dewa`dewa dan kapal`kapal mereka adalah kenaikan dewa`dewa (tamadun-tamadun Amerika Tengah adalah kerajaan agraria, berasaskan pertanian) kerana mereka tidak pernah melihat kapal`kapal yang besar sebegitu. Apabila diperangkap penjajah Sepanyol orang`orang Incaini tidak melawan padahal merekalah yang gemar menangkap kaum`kaum lemah di sekitarnya.

Orang-orang INCA menyanjung tinggi kehebatan pakaian dan kapal`kapal orang Sepanyol ini padahal pada masa yang sama orang`orang Sepanyol ini berasa amat terkejut dengan kota`kota Inca yang hebat dan khazanah emas yang terlampau banyak. Kaum yang membina piramid bukanlah kaum yang bodoh tetapi mereka yang punya peradaban tinggi.

Namun disebabkan PERASAAN RENDAH DIRI TANPA BERSEBAB DAN SUKA MENYANJUNG ORANG LUAR mengakibatkan akhirnya mereka dihapuskan serta`merta oleh para conquis-tador yang mula sedar kaum`kaum ini walaupun punya peradaban yang tinggi namun kurang peka dengan perkembangan semasa.

Mereka tidak pernah melihat kapal, jadi mereka menganggap orang yang keluar dari kapal itu adalah anak dewa. Akhirnya mereka dibunuh beramai`ramai seperti ayam disembelih akibat kedunguan mereka itu. Ini berlainan pula dengan orang-orang Mala`yu di Kepulauan Mala`yu.

Bukan 1 atau 2 yang datang menjajah, TETAPI '4'. Sepanyol, Portugis, Belanda dan Inggeris datang 'menziarahi' kita di sini. Toltek, Aztek, Inca dan Maya dihapuskan dengan mudah oleh conquistador Sepanyol sahaja tetapi Nusantara memerlukan gabungan 4 'conquistador' untuk mengawal Nusantara.

Sepanyol mengawal Filipina, Belanda mengawal Indonesia, Inggeris mengawal Tanah Mala`yu dan Borneo, manakala semua ini dimulakan oleh Portugis yang pernah memegang Melaka sebentar dan menjajah Timor Timur. Ini belum termasuk kelibat Perancis yang menjenguk Indochina dan Amerika yang pernah memegang Filipina sebentar (aneh juga, bagaimana Amerika boleh sesat sampai ke Filipina). Namun adakah orang-orang Mala`yu hari ini pupus atau menjadi minoriti tidak bernegara, seperti mana yang terjadi kepada orang-orang Aztek dan Maya?

SEPATUTNYA MALA'yu PUPUS TIDAK BERSISA HARI INI DIKEROYOK 4 CONQUISTADOR INI, terutamanya Tanah Mala`yu yang dipegang oleh `raja conquistador` iaitu Inggeris. Namun anehnya, orang-orang Mala`yu masih bernafas dan masih berbahasa Mala`yu di DUNIA fana ini.

Adakah kata`kata Hang Tuah itu menjadi sumpah yang benar? Inilah misteri yang memang tidak terpecahkan. Aborigine yang memegang pulau sebesar Australia pun rebah, bagaimana orang`orang Mala`yu ini yang dituduh bermacam-macam tuduhan seperti pemalas, kurang cerdik, lembik dan 'nak buat jarum pun tak reti' boleh 'survive' selepas dilanda 'air bah' penjajahan yang memenatkan? Sepatutnya orang-orang Mala`yu lenyap, tetapi apa yang berlaku sebenarnya?

Fikirkan, jika orang-orang Mala`yu tidak pernah melihat kapal, meriam, istinggar dan orang Eropah, sudah tentu orang`orang Mala`yu akan dibelasah habis`habisan seperti yang terjadi kepada Aztek, Maya, Toltek dan Inca. Benar, terutamanya di Tanah Mala`yu, kita dapati tiada piramid-piramid segagah seperti yang dibina oleh Aztek dan Maya, namun dimanakah orang Aztek yang amat hebat boleh membina piramid agam itu?

DIMANA MEREKA?

Mengapa orang Mala`yu menentang dengan darah,fikiran dan keringat . . . menggunakan apa saja yang mungkin . . . keris, parang, tombak, meriam, istinggar, pemuras, kapal`kapal perang untuk menghadapi serangan bertubi-tubi, bukan satu malah '4' NEGARA EROPAH TERKUAT.

Penjajah hanya menghantar Sepanyol sahaja untuk menghapuskan tamadun-tamadun hebat di Benua Amerika, namun terpaksa menghantar beberapa negara penjajah untuk menundukkan Nusantara. Mengapa orang-orang Mala`yu tidak menganggap orang`orang Eropah ini sebagai dewa atau anak dewa yang turun dari kenderaan sakti?

Padahal kaum sehebat Maya yang hebat dari segi teknologi astronomi dan matematik boleh dikalahkan dengan mudah. Di manakah bangsa-bangsa hebat seperti Assyria yang membina kota Nineveh yang agung?

Di manakah Akkadia, Chaldea dan penakluk`penakluk Babilon yang pernah berdagang dengan pedagang`pedagang Mala`yu pada hari ini? Di manakah keturunan Firaun dan bangsa Qibti Mesir Purba yang membina piramid yang menjadi salah satu keajaiban DUNIA dan pernah melawat `Punt` 3500 tahun yang silam dan pernah bertemu dengan pemerintah Punt iaitu orang `Mala`yu` di sana yang bernama Raja Perehu dan permai-surinya, Puteri Hati?

Semua bangsa`bangsa hebat ini lenyap dari peta sejarah, jika ada sisanya sekalipun, kea-daan mereka amat menyedihkan.

Dahulu mereka sering membuli 2 bangsa picisan, Arab dan Yahudi yang sering dijadikan hamba dan bahan serangan, namun hari ini lihatlah berapa banyak negara`negara Arab dan lihat peranan orang Yahudi yang mencatur politik DUNIA.

Orang Qibti Mesir hari ini telah lenyap menjadi orang Arab Mesir. Namun berita baiknya, bangsa yang pernah dilawati para Firaun Mesir beribu`ribu tahun dahulu masih ada! Menariknya, mereka masih mengucapkan perkataan`perkataan yang pernah didengar oleh utusan Firaun dahulu, kira`kira 3500 tahun yang silam! Petunjuk Dari Tulisan Rencong

Sebelum ini kita telah mengkaji corak tulisan purba orang`orang Mala`yu iaitu Rencong. Tulisan Rencong pada masa dahulu ditulis pada tanduk kerbau, buluh, kulit kayu, kertas dan daun lontar. Manuskrip`manuskrip ini kebanyakannya disimpan oleh Belanda, majori-tinya di Bibliotheek (Perpustakaan) Leiden. Dari manakah tulisan ini berasal? Atau soalan yang mencabar dan luarbiasa, TAMADUN MANAKAH YANG MENCEDOK TULISAN INI MENJADI TULISAN MEREKA?

Kita lihat kembali perbandingan antara tulisan`tulisan Aramaik, Phoenicia dan Brahmi (Brahmi berasal dari tulisan Parsi Kuno di zaman Cyrus The Great). Brahmi Dan Rencong.
                                                                                          
Brahmi


Aramaik dan Rencong

Phoenicia dan Rencong

Akhirnya tulisan jenis ini menjadi semacam tulisan jenis pepaku (cuneiform) yang digu-nakan oleh Tamadun Sumeria. Apabila melihat kepada persamaan aneh antara tulisan Rencong dengan tulisan`tulisan purba ini, terdapat 3 andaian untuk menerangkan men-gapa tulisan orang Mala`yu ini mempunyai hubungan dengan skrip-skrip tersebut:

1-Orang Mala`yu mencedok tulisan orang Phoenicia pada zaman dahulu. Faktor bagai-mana ia terjadi kemungkinan besar dan dipercayai hasil dari aktiviti perdagangan antara kedua`dua bangsa.

2-Orang Phoenicia pernah menetap di Nusantara, sama ada menjajah, penghijrahan atau sebagai `warganegara yang bekerja` di Nusantara.

3-Tulisan ini memang tulisan ciptaan orang Mala`yu Purba. Kemudian ditiru oleh orang Phoenicia, kemudian dicedok oleh orang Aramaik kemudian diubahsuai oleh orang Ibrani (Hebrew) dan seterusnya diambil oleh orang Aryan, yang kemudiannya membawa skrip ini ke India untuk menuliskan kitab-kitab Veda, kemudian dicedok oleh orang Dravidia (Tamil, Devanagari, Malayalam) seterusnya dicedok lagi oleh orang Khmer dan Nusantara (menjadi Kawi dan Aksara), dari sini dicedok buat kesekian kalinya oleh orang Thai dan Burma.


Misteri persamaan tulisan Rencong ini dengan tulisan-tulisan dalam kelas Proto-Canaanite benar-benar memeningkan pakar`pakar kajian skrip di Barat. Akhirnya `dengan berat hati` mereka meletakkannya di bawah kategori subBrahmi bersama Kawi, Khmer, Thai dan lain`lain, memandangkan skeptikal mereka dengan skrip Asia Tenggara yang diang-gap mereka diinspirasikan daripada skrip Brahmi. Ini juga akibat pandangan tradisional pengkaji Barat yang memandang semua skrip di Asia Tenggara dipengaruhi oleh unsur-unsur Keindiaan.

Namun ini tidak dipersetujui oleh para sarjana lain seperti Jaspen, Marsden dan Jones yang mengesan misteri yang menyelubungi Rencong ini, malah semakin dikaji sehingga bukan setakat skrip Rencong, malah bahasa Mala`yu dialek Rejang itu sendiri menimbulkan mis-teri lebih besar, persamaannya dengan perkataan` perkataan Mesir Purba!!


Rahsia Tersembunyi Di Dalam Relief Di Kuil Hatshepsut


*Perehu dan isterinya Ati

Kesedaran para ahli arkeologi,sejarahwan dan pakar bahasa tentang misteri yang menyelubungi skrip Rencong memandu beberapa pengkaji mendekati dengan rapat selok` belok tulisan ini, sejarah tempat di mana tulisan ini ditemui dan orang yang menggunakannya. Seterusnya mereka mengkaji pula bahasa yang digunakan oleh skrip ini, iaitu bahasa Mala`yu Rejang.

Charles Robert Jones, seorang ahli American Research Center di Mesir telah menyatakan bahawa kesedaran tentang pengaruh Phoenicia terhadap tulisan Rencong ini telah ditim-bulkan oleh J. Park Harrison pada tahun 1896 di hadapan Persatuan Geografi dan Arkeologi Great Britain.

Sarjana`sarjana budaya orang Semitik iaitu Sayce, M.Renan and Neubauer yang telah memeriksa tablet`tablet buluh di Sumatera, telah menyimpulkan bahawa karakter` karakter huruf dalam Rencong sememangnya mempunyai pengaruh Phoenicia.

Phoenicia adalah istilah Barat kepada orang Kanaan, satu bangsa purba yang pernah mempunyai tamadun dan peradaban tinggi pada masa silam. Para pengkaji sejarah menyatakan peradaban orang Phoenicia telah wujud kira`kira 1200 tahun Sebelum Masehi. Mereka pada zaman dahulu tinggal di kawasan sekitar Palestin, Lebanon dan Syria sekarang.

Sarjana`sarjana Semitik berkenaan berkeras melaporkan bahawa Rencong adalah tulisan orang Phoenicia sama ada dipengaruhi atau mempengaruhi malahan Dr. Neubauer menjelaskan dengan lebih terperinci bahawa bentuk`bentuk huruf Rencong dikenalpasti adalah mirip versi tulisan orang Phoenicia pada abad ke-4 dan kelima Sebelum Masehi.

Tablet`tablet ini telah dihantar ke England (salah satu rompakan khazanah Mala`yu Nusantara, menjadikan sebahagian anak Mala`yu hari ini berasa rendah diri dan mengalami kecelaruan identiti, sekejap merasa Mala`yu, sekejap merasa Cina, sekejap merasa India, sekejap merasa Siam seperti sesumpah) oleh William Marsden pada tahun 1783 dan huruf-huruf dari tablet itu telah diterbitkan dalam bukunya yang bertajuk . . .

The History Of Sumatera

Kerja`kerja awal para sarjana menumpukan kepada sumber`sumber kepada skrip Rencong dan struktur karakter dalam tulisan tersebut serta bunyi setiap karakter. Hasilnya sungguh memeranjatkan apabila mereka mendapati tiada satu pun skrip-skrip Keindiaan tertua yang menepati sama ada tulisan Rencong mahupun aksara-aksara Sumatera berkaitan. 

Penemuan yang mengejutkan ini telah diterbitkan di jurnal saintifik Oxford journal, Archaeologia Oxoniensis pada tahun 1896. Kesimpulan yang dibuat mereka ialah tulisan ini telah dibina melalui hubungan secara langsung dengan orang Phoenicia (bukan cedokan atau ubahsuai tulisan dari tulisan lain).


Pada tahun 1927, seorang pengkaji Jerman telah memulakan satu projek kajian bebas berkaitan skrip orang Batak di tengah dan utara Sumatera. Pengkaji tersebut, Schroeder telah turun ke Sumatera dan cuba mendapatkan jawapan sama ada terdapat data`data yang secukupnya untuk menyesuaikan dengan jangka masa tulisan Phoenicia ini dicedok atau mereka datang ke Sumatera melalui India atau dari Phoenicia ke Nusantara secara terus. Hasil kajian pengkaji Jerman ini boleh dibaca dalam artikel bertajuk A Phoenician Alphabet On Sumatra.

Di dalam artikel ini, beliau telah menunjukkan bukti`bukti hubungan secara langsung antara skrip Phoenicia dan skrip Batak. Beliau juga menunjukkan perbandingan kronologi pembinaan karakter antara Phoenician dan Aramaik (tulisan Ibrani Kuno dan asal`usul Hebrew), dan menunjukkan perkara yang sama telah berlaku pada skrip Batak!

Schroeder mengatakan tulisan ini tiba ke Sumatera pada masa pembinaan kerakter ini iaitu kira`kira 700 dan 650 Sebelum Masehi. Kesimpulan dari kajian beliau ialah tulisan orang Batak adalah mewakili perubahan dari tulisan Phoenicia ke Aramaik (dengan kata lain, ketika orang Ibrani mula mempelajari tulisan orang Kanaan, draf tulisan yang belum sempurna diadaptasi ke Aramaik yang dikenali pada hari ini telah sampai ke Nusantara, manakala draf tadi di Tanah Kanaan telah mengalami perubahan demi perubahan sehingga menjadi tulisan Ibrani Kuno, sementara draf tadi yang sampai ke Sumatera masih dipakai oleh orang Nusantara).

Beliau juga mengatakan 'draf' ini sampai ke Sumatera kira`kira permulaan dan akhir abad ke 7 Sebelum Masehi. Akibat dari pelbagai misteri dan tandatanya yang menyelu-bungi pakar`pakar bahasa dan skrip dari Eropah sejak era penjajahan hingga tamat Imperialisme di Nusantara,pada tahun 1961,Universiti Kebangsaan Australia telah meng-hantar seorang ahli antropologi ke Sumatera.

Pakar antropologi itu, M.A Jaspen telah menghabiskan beberapa tahun di antara masya-rakat Rejang Sumatera untuk mempe`lajari bahasa dan mengumpulkan cerita rakyat dan kosakata bahasa  Mala`yu  Rejang.

Pada ketika itu (1961) masih ada penduduk di sana yang menggunakan skrip Rejang (seperti hari ini, masih ada orang menggunakan skrip Jawi) terutamanya orang tua-tua dan pedalaman. Beliau telah menterjemahkan skrip ini dari tulisan`tulisan pada buluh dan batang kayu dan mengkompilasikannya di dalam buku yang bertajuk Rejang Ka Ga Nga Text yang diterbitkan oleh Universiti Kebangsaan Australia. Kulit buku tersebut tercetak karakter-karakter Rencong yang ada persamaan dengan huruf Phoenicia.

Jaspen juga telah mengusahakan kamus bahasa Mala`yu Rejang`Indonesia-Inggeris dan memasukkan juga perbandingan antara bahasa Mala`yu Rejang dengan sebutan bahasa Semitik Barat. Walaubagaimanapun, Jaspen telah meninggal dunia sebaik sahaja hasil kerjanya diterbitkan yang mana mengandungi sebahagian dari siri kajian ANU's Pacific Linguistics oleh Professor P. Voorhoeve (sekarang dikhabarkan bersara di Belanda).

Hasil dari gabungan kerja oleh M.A Jaspen dan Professor P. Voorhoeve yang juga menyo-kong kajian para sarjana seawal abad ke-17, dijadikan rujukan Jones untuk membawa beliau ke satu rahsia lain yang amat mengejutkan; terdapat unsur`unsur satu tamadun lain yang lebih lama dari tamadun Phoenicia dan Ibrani yang telah dikesan dalam budaya Mala`yu khasnya pada bahasa Mala`yu dialek Rejang, iaitu tamadun Mesir Purba! Dalam kajian para sarjana sejarah dan linguistik telah menemukan kemungkinan yang benar-benar memeningkan; lebih memeningkan dari tulisan Rencong, iaitu bagai-mana penga-ruh bahasa kuno Mesir Purba yang telah pupus masih tertinggal di dalam bahasa Mala`yu dialek Rejang.

Dan petunjuk yang mungkin untuk dijadikan asas kajian seterusnya ialah kembali ke abad 15 SEBELUM MASEHI; ketika Ratu Hatshepsut mengadakan ekspedisi ke 'Tanah Para Dewa', Punt.


Punt,The Land Of Gods

Para sarjana awal yang tidak memahami budaya Nusantara mengalami masalah ketika mengkaji budaya masyarakat Rejang Sumatera. Pengkaji seperti Jaspen pada awalnya menganggap masyarakat Rejang dan bahasanya adalah berlainan dengan bahasa Indonesia/Mala`yu dan ini menghalang mereka daripada melihat petunjuk yang mem-bawa mereka kepada kajian pengaruh Mesir Purba.

Tetapi pengkaji-pengkaji selepas mereka yang memahami konsep Nusantara dan bangsa Mala`yu telah merasa satu kemestian untuk merujuk kepada bahasa Mala`yu/Indonesia standard kerana rupa-rupanya pengaruh Mesir Purba itu juga ada pada bahasa Mala`yu/Indonesia (memanglah sebab bahasa Rejang itu adalah bahasa Mala`yu loghat daerah).

Pengkaji seperti Jones ini terpaksa merujuk kepada bahasa Mala`yu untuk memastikan makna perkataan Rejang untuk diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris. Beliau telah mengesan terdapat perkataan`perkataan 'aneh' yang terdapat dalam bahasa Mala`yu yang juga ada dalam kosakata Mesir Purba, contohnya perkataan 'asem' dan 'lebun'. 'Asem' bermaksud 'tamarind acid' (pemahaman Jones) dan 'lebun' ialah 'sejenis kayu'.

Dari sini para pengkaji dapat mengesan 'clue`clue' yang lain seperti asal`usul perkataan 'lubbanjawi' iaitu kemenyan dalam bahasa Arab. Perkataan 'lubban' rupanya dicedok dari kata 'lebun' dalam bahasa Malayu. Jones memulakan kajian tentang kaitan antara bahasa Mala`yu Rejang dengan Phoenicia, Ibrani (Hebrew) dan Mesir Purba apabila terjumpa kamus Rejang di dalam perpustakaan UCLA (University Of California, Los Angeles).


Beliau telah menyenaraikan perkataan-perkataan antara bahasa`bahasa tersebut dengan bahasa Mala`yu dan membuat analisis menggunakan perisian khas komputer dan hasilnya positif dalam kebanyakan perkataan!!

Kajian lebih lanjut dari segi linguistik seperti frekuensi, konotasi dan pemba hagian kata dalam kosa kata Mala`yu Rejang dengan perbandingan kepada bahasa-bahasa Semitik Purba ini menunjukkan bahawa terdapat kosa kata yang sama tetapi berbeza makna. Dan ini bukanlah kebetulan mereka mempunyai kosa kata yang sama, namun di sana terdapat proses perubahan yang dapat dikesan secara linguistik.

Dengan kata lain, perubahan yang mengambil masa beribu tahun telah merubah makna dari perkataan yang sama;yang dikongsi oleh Mala`yu Rejang dan bahasa-bahasa Phoenicia, Ibrani dan Mesir Purba. Dalam banyak keputusan, BAHASA MALAYu DILIHAT LEBIH BANYAK MENGEKALKAN KEASLIAN; dengan kata lain ia lebih dipercayai adalah SUMBER ASAL KOSA KATA ITU di mana perubahan makna itu lebih cenderung terjadi kepada bahasa Mesir Purba dan lain`lain berbanding Mala`yu.

Perkataan `Asem` pada bahasa Mesir Purba ialah `emas` (gold) di mana pada spesimen di relief kuil dan pada manuskrip papirus bermaksud 'gelang emas'.

`Asem` ini direkodkan sebagai 'produk dari Punt` Dari petunjuk ini, kita dapat simpulkan bahawa para Firaun ini mengenal emas sebagai produk utama Punt. Dan dari sini kita tahu dari mana Ptolemy mendapat nama 'Aurea Chersonese' (Golden Chersonese, `Aurum` iaitu istilah kimia bagi emas diambil dari kata `Aurea' ini).

Ini muncul pada ukiran pada tembok utara dan selatan pada kuil Dinasti ke`18 di Deir al Bahari, Luxor. Pada dokumen bersejarah ketika era Hatsheput dan Thutmose III dan juga pada inskripsi di makam Rekhmire dan Puyemre, `Asam' ialah produk Djahi (Phoenicia) dan Nubia. Seorang sarjana, James H. Breasted menjelaskan bahawa 'asam' iaitu produk emas berbentuk seperti donut ini adalah emas komersil yang diperdagangkan. Perkataan `asam` ini muncul dalam bahasa Mala`yu di seluruh budaya Malaysia, Indonesia dan Iban di Borneo. Ia bermaksud `masam' atau `berasid/cuka`.

Walaupun begitu, pada penggunaan di masa silam,'asam' juga bermaksud logam berharga atau campuran logam berharga atau `teraloi`. Di dalam spesimen di relief itu juga ada diterangkan tentang `anti` (bahasa Mesir Purba) iaitu 'kemenyan' atau 'wangi`wangian' iaitu salah satu produk terpenting Punt, sama seperti emas. Kemenyan atau 'anti' ini adalah objektif utama ekspedisi ke Punt kerana di Mesir Purba, kemenyan adalah bahan suci untuk tujuan keagamaan. Perkataan Ibrani (Yahudi) bagi kemenyan ialah 'labona' dan Arab menyebutnya `lubban`.

Anehnya,di dalam bahasa Mala`yu terdapat kata `lebun` yang bermaksud sejenis pokok (pokok kemenyan). `Lubbanjawi` adalah kata standard dalam bahasa Arab merujuk kepada `kemenyan pepejal' yang khas. Kata 'Jawi' itu merujuk kepada tempat ia terhasil iaitu Tanah Jawi. Kemenyan dalam bahasa Inggeris ialah benzoin resin, dimana kata `benzoin' itu diubahsuai dari kata `lubbanjawi` setelah mengalami perubahan pada perkataan Inggeris lama `benjawin`. Pakar botani di UCLA, David Verity, telah mengatakan bahawa pokok`pokok kemenyan telah dibawa ke selatan Tanah Arab dan ditanam di sana setelah permintaan kepada wangian dan kemenyan meningkat.


`Matahari` dalam The Egyptian Book Of The Dead

The Egyptian Book of The Dead adalah kompilasi manuskrip`manuskrip papirus yang menerangkan ritual`ritual keagamaan, ilmu sihir dan falsafah mistik orang Mesir Purba. Ia tercatat dalam skrip hiroglif Mesir Purba. Ini adalah nama yang diberikan oleh pengkaji Barat kepada koleksi manuskrip ini. Ia dikenali dalam budaya Mesir Purba sebagai 'Jampi Kehadiran' atau 'Hari Ke-4'.


The Book of The Dead adalah koleksi yang merentasi masa sejak Kerajaan Lama Mesir Purba dalam bentuk text Piramid hinggalah ke Era Kerajaan Pertengahan dalam bentuk teks keranda (manuskrip yang diukir pada luar permukaan keranda). Di dalam koleksi ini juga dijelaskan perjalanan roh selepas kematian dan kehidupan selepas kematian. Ia juga menerangkan kewujudan alam ghaib.

Di dalam The Egyptian Book of The Dead ini ditemukan kata `Maat Heru' yang berulang kali. Kata `Maat Heru` ini bermaksud `Mata Horus' atau `Eye of Horus`. Perkataan ini juga ditemukan pada teks`teks Piramid. Ini adalah ekspresi tertua tentang Wadget atau `mata yang sihat`. Dalam mitologi Mesir Purba, `Mata Horus' adalah Matahari dan Bulan.

Di dalam peperangan dengan Dewa Kegelapan, Seth, `Mata Horus` ini dimusnahkan. `Mata' ini diketahui adalah kuasa terkuat dalam mitologi Mesir Purba. Ia kemudiannya dipulihkan oleh Isis dan dikenali sebagai Wadget atau `Mata yang Sihat`.


The Book of The Dead adalah koleksi yang merentasi masa sejak Kerajaan Lama Mesir Purba dalam bentuk text Piramid hinggalah ke Era Kerajaan Pertengahan dalam bentuk teks keranda (manuskrip yang diukir pada luar permukaan keranda). Di dalam koleksi ini juga dijelaskan perjalanan roh selepas kematian dan kehidupan selepas kematian. Ia juga menerangkan kewujudan alam ghaib.

Di dalam The Egyptian Book of The Dead ini ditemukan kata `Maat Heru' yang berulang kali. Kata `Maat Heru` ini bermaksud `Mata Horus' atau `Eye of Horus`. Perkataan ini juga ditemukan pada teks`teks Piramid. Ini adalah ekspresi tertua tentang Wadget atau `mata yang sihat`. Dalam mitologi Mesir Purba, `Mata Horus' adalah Matahari dan Bulan.

Di dalam peperangan dengan Dewa Kegelapan, Seth, `Mata Horus` ini dimusnahkan. `Mata' ini diketahui adalah kuasa terkuat dalam mitologi Mesir Purba. Ia kemudiannya dipulih-kan oleh Isis dan dikenali sebagai Wadget atau `Mata yang Sihat`.

Horus akhirnya berjaya menentang tentera Seth, di bumi dan di alam ghaib kegelapan. Di dalam budaya Mesir Purba, Horus bermaksud hari siang atau terang. Ia juga ditampilkan sebagai  `Mata kepada hari Siang` !


Rekod`rekod Mesir Purba telah mengesahkan bahawa lokasi Punt ialah satu kawasan luas DI TIMUR MESIR. Di dalam The Book of The Dead, Punt ialah sebutan kepada DUNIA sebelah timur (set nu Punt). Di dalam kesusasteraan Mesir Purba, The Shipwrecked Sailor (terje-mahan ke bahasa Inggeris), ada menceritakan tentang Raja Punt ini.

Ia mengisahkan seorang pelayar yang karam kapalnya dihanyutkan ke sebuah pulau. Kemudian dia terserempak dengan 'ular besar` yang kemudiannya berdialog dengan pela-yar tersebut. 

`Ular besar` itu kemudiannya memberitahu pelayar itu bahawa dia adalah raja tempat itu yang dikenali sebagai Punt. Seterusnya di dalam kesusasteran itu ada menerangkan baha-wa `ular besar` (naga?) itu memerintah ke atas kawasan kepulauan.

Ini membatalkan teori Punt di Tanah Arab atau benua Afrika. `Memerintah pulau-pulau` adalah ciri`ciri Raja Punt dan hanya Kepulauan Mala`yu sahaja lokasi yang tepat dengan petunjuk ini! . . .

Pintu Rahsia akan terbuka . . .

ps: Jangan anda bertanya pada bukan ahlinya. Karana ianya perbuatan yang sia-sia.
TANYA pada ahlinya (pakar). 

DOKTOR SEJARAH ANDA

Abang sakit apa? Buta sejarah?
Biar Cik Seri suapkan ubat sampai celik ekk!


Sila mematuhi etika blog yang betul apabila menghantar komen anda. Pemilik blog akan menjalankan budi bicara membenarkan atau menolak sebarang komen yang dianggap sebagai menghasut, memfitnah, memfitnah, bersifat perkauman, kesat, menghina, dan lain-lain kenyataan yang mempamerkan ciri-ciri yang serupa. Jika anda berkeras untuk menggunakan komentar anonymous, sila tulis nama anda atau ID lain di hujung mesej anda. (Please adhere to proper blog etiquette when posting your comments. This blog owner will exercise his absolution discretion in allowing or rejecting any comments that are deemed seditious, defamatory, libelous, racist, vulgar, insulting, and other remarks that exhibit similar characteristics. If you insist on using anonymous comments, please write your name or other IDs at the end of your message).

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...